SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK PEMBESARAN
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK PEMBESARAN
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK PEMBESARAN
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK PEMBESARAN
Mindvision Training & Services
Mindvision Training & Services bertapak dalam bidang perundingan dan pengendalian program latihan dan motivasi sejak tahun 2004.
Dengan mempunyai fasilitator dan jurulatih yang berpengalaman luas dalam bidang ini kami yakin dapat membantu pihak sekolah, agensi atau organisasi dalam mencapai objektif untuk memiliki pelajar, pekerja atau ahli yang dinamik dan produktif.
Modul- modul kami merupakan modul tersendiri yang berkualiti dan dapat memberi impak secara langsung bagi memperkukuhkan kekuatan minda, menguatkan jatidiri, memantapkan kekuatan fizikal dan mengimbangkan aspek kerohanian dalam diri bagi mewujudkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Keutamaan kami ialah kualiti, dimana kami akan berusaha sedaya upaya kami untuk mencapaikan objektif program yang telah ditetapkan oleh pihak pelanggan. Bagi merealisasikan matlamat ini, kami mengamalkan konsep 3S iaitu memberi khidmat sebelum, semasa dan selepas program. Modul yang diguna pakai adalah berkualiti, bersesuaian dan terarah kepada matlamat program. Penceramah, fasilitator dan jurulatih Mindvision terdiri daripada individu-individu yang terlatih dan berpengalaman luas serta disenangi dikalangan peserta.
Rasailah perbezaan menjalankan program dengan Mindvision Training, dengan program-program yang berkualiti kami menjanjikan kepuasan dan pengalaman yang berbeza kepada peserta disamping matlamat penting kami adalah untuk mendidik kearah susuatu yang lebih cemerlang daripada hari ni.