0
Posted by EXCO PRODUKSI & MULTIMEDIA in - Tuesday, November 18, 2008
4:53 PM
UTHM,9 Nov - Lebih kurang 100 orang mahasiswa UTHM menghadiri upacara solat jenazah untuk seorang pensyarah UTHM yang baru sahaja meninggal dunia petang tadi. Allahyarham Tengku Mohd Andri (50-an), seorang pensyarah subjek Matematik Kejuruteraan telah meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.Menurut sumber, beliau yang berasal dari Indonesia, meninggalkan seorang balu yang juga berasal di indonesia dan 3 orang anak. Selain mahir dalam bidang matematik, beliau juga merupakan seorang pensyarah yang pemurah dan berpengetahuan am yang tinggi. Dengan personalitinya yang peramah, beliau sentiasa bercerita kepada pelajarnya semasa di dalam kelas. Sesi pengajarannya yang selalu menunjukkan contoh penyelesaian soalan menggunakan OHP juga disenangi pelajarnya kerana ia dapat membantu dari segi kefahaman mereka. Jenazah beliau bakal diterbangkan ke Medan, Indonesia pada esok pagi untuk dikebumikan disana. Semoga ahli keluarga beliau dapat menerima pemergiannya dengan tabah dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman. Amin..
This post has 0 comments